Ini Dia Game Terbaik April 2018 Yang Korang Boleh Check Out Sekarang!

Kita baru saja memasuki awal April dan tertanya-tanya, apa game best untuk bulan ini pula? Jangan risau, sekurang-kurangnya ada 1 game epik yang korang pasti beli punyalah! Apa game itu? Jom baca lebih lanjut.

1. God of War (PS4) – 20 April 

Tak boleh disangkal lagi.. sekuel God of War yang hanya diberi nama.. well, hanya God of War adalah game paling ditunggu semua untuk bulan ini. Ia menyambung kisah kembara Kratos dan membawa korang meneroka mitologi Norse. Buat pertama kali juga Kratos akan menunjukkan sisinya yang lebih manusia sebagai ayah kepada Atreus.

Yang paling best, korang berpeluang untuk melihat panahan petir Zeus dengan kawalan ke atas Atreus dalam permainan ini. Dari segi gameplaynya, God of War akan membuat korang berfikir strategi perlawanan dari hanya menekan butang kawalan tanpa had macam dulu-dulu. Pendek kata, jalan cerita best dan dramatik, gameplay pun ada umphhh!

2. Yakuza 6: The Song Of Life (PS4) – 17 April Untuk Pasaran Us dan Eropah

Edisi keenam ini akan menyaksikan pengakhiran atau penutupan saga Kazuma Kiryu. Nampaknya kali ini korang akan saksikan sisi lain seorang Yakuza sebagai seorang dengan masa lampau sebagai criminal dan membesarkan kanak-kanak. 

Bezanya kali ini, kesemua kombat, penerokaan dan memasuki kawasan indoor akan lebih lancar dengan ketiadaan loading screen. Walaupun framerate jatuh kepada 30fps tapi pastinya korang akan enjoy jalan cerita baru dan meneroka dunia Yakuza.

3. Nintendo Labo (Switch) – 20 April 

Kalau korang jenis yang suka benda-benda kreatif dan buat sendiri guna titik peluh, perkenalkan, Nintendo Labo. Konsepnya unik, bina peripherals dipanggil Toy-Cons menggunakan kadbod dan kemudian gunakan untuk bermain minigames.

Akan ada rujukan blueprint untuk membina tapi yang paling bestnya, korang boleh gubah-gubah untuk sesuaikan dengan Joy-Cons ataupun Switch bagi memanfaatkan ciri ditawarkan untuk gameplay. Paling seronok kalau dimainkan bersama kanak-kanak. So, untuk papa gamer kat luar sana, mungkin boleh dapatkan ni untuk quality family time!.

4. Extinction (PS4, Xbox One, PC) – 14 April

Seperti juga Attack On The Titans, Extinction menggunakan formula dari syarikat Barat untuk mengajak korang menewaskan sekumpulan raksasa besar. Bezanya kali ini, raksasa ini mempunyai ketinggian lebih 150 kaki (yang paling kecil pun besar tu) berbanding 10-40 kaki dimiliki Titans. 

Ravenii (Titan) juga dilengkapi armour, skills dan macam-macam lagi. Akan ada juga elemen fighting game macam special move cancelling. Extinction tak ada transaksi mikro dan mempunyai beberapa misi untuk diselesaikan di samping skill tree yang mengubah cara permainan korang ke tahap lebih tinggi.

5. Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm Trilogy (Switch) – 26 April

Dulu main dekat PS4 je, sekarang korang juga boleh berentap menggunakan karakter dunia Naruto dalam versi di Switch ini. Trilogi ini memasukkan versi Ultimate Ninja Storm 1, 2 dan 3 serta banyak lagi koleksi kostum dan episod. Tapi bukanlah semua DLC akan dimasukkan.

Apa pun, korang boleh enjoy dengan geng-geng yang ada Switch dekat rumah untuk main bersama game ini. Mesti lagi awesome!

RELATED NEWS

+