Grand Theft Auto V Terjual Sebanyak 90 Juta Unit, Satu Rekod Baru Untuk Rockstar Games

Take-Two Interactive, pemilik syarikat Rockstar Games dan 2K Games, mengeluarkan laporan pendapatan untuk suku ketiga fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017. Syarikat itu terus menerajui dalam pasaran komersial sementara GTA Online mencatatkan keuntungan.

GTA V mencatatkan hasil jualan memberangsangkan iaitu sebanyak 90 juta salinan dan rekod ini boleh dikatakan begitu postif memandangkan permainan video popular itu dilancarkan pada 2013 yang lalu. Di Amerika Syarikat, ia antara permainan video paling menguntungkan dalam pasaran komersial.

Pada Disember 2017 lalu, GTA Online turut mencatatkan rekod baru untuk pemain yang online serentak. Lebih ramai pemain bermain game itu pada Disember. Take Two juga menyatakan, ia tidak lain tidak bukan kerana komitmen Rockstar mengeluarkan kandungan baru seperti Doomsday Heist dan kandungan lain pada Halloween dan Christmas.

 

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+