Fnatic Dan NiP Mengumumkan Pasukan Baru Mereka Untuk Rainbow Six Siege

Nampaknya makin banyak organisasi e-sukan yang mengintai peluang dalam Rainbow Six Siege. Fnatic dan NiP kini sah memperkenalkan pasukan baru yang akan bermain untuk permainan video itu.

Pengumuman penting itu bermakna Fnatic mengembangkan lagi pengaruhnya dalam shooter games selain CS:GO. Mereka akan membuat kemunculan di kejohanan akhir Pro League Asia-Pacific bermula esok hingga Ahad di Sydney, Australia berdepan 7 lagi pasukan lain. 2 pasukan terbaik di final akan layak ke Season 7 grand final pada Mei ini untuk merebut hadiah wang tunai USD275,000.

Pasukan Mindfreak itu terdiri daripada Jason ‘Lusty’ Chen, Ethan ‘RizRaz’ Wombwell, Matthew ‘Aces’ McHenry, Daniel ‘NeophyteR’ An dan Etienne ‘Magnet’ Rousseau. Jurulatih, Jayden ‘Dizzle’ Saunders melengkapkan skuad itu. 

Ninjas in Pyjamas mengumumkan penyertaan mereka dalam Siege di Twitter tapi belum dedahkan bila untuk debut

Sumber: PCGamesN

RELATED NEWS

+