DOTA 2: Vici Gaming J Storm Umumkan Roster Terbaru Mereka

Vici Gaming J Storm, division Amerika Utara untuk organisasi e-sukan China (Vici Gaming) kini hadir dengan roster baru.

Jingjun “Sneyking” Wu kembali menyertai skuadnya – dia pernah bersama roster terdahulu sebelum dibubarkan bulan lepas. Malangnya, dia bersama ahli lain tak berjaya untuk melayakkan diri dalam scene Amerika Utara – gagal untuk layak ke mana-mana LAN dalam masa tiga bulan.

 

Bersamanya ialah Yawar “YawaR” Hassan yang bermain untuk Team Freedom dan Enzo “Timado” Gianoli yang dikenali ketika bersama Infamous. Sementara itu, Arif “MSS” Anwar juga turut serta selepas berundur dari Immortals. Melengkapkan roster itu ialah Avery “SVG” Silverman, yang dikenali dengan pembabitannya bersama Team NP dan menjadi jurulatih bagi Evil Geniuses untuk beberapa bulan.

Semestinya roster ni looking strong kerana kehadiran Timado. Ketika The International 7, dia menunjukkan prestasi yang baik dan kali ini dia perlu step up higher bersama YawaR yang bertindak sebagai carry untuk skuad itu.

Sneyking akan bermain sebagai offlane, satu keadaan yang biasa dilihat peminat di Amerika Utara. SVG akan menjadi kapten dan support dengan MSS sebagai partner roaming. Pastinya gabungan ideal ini mampu membuahkan hasil kerana pengalaman mereka.

 

Sumber: Dotesports

RELATED NEWS

+