DOTA 2: Pasukan Ini Belum Pernah Berjumpa & Layak Ke Final Zotac Cup Premier Tanpa Kalah - SEA Reject

2 months ago By : Editorial team

Dalam pasukan profesional Dota 2, biasanya mereka mendapat tawaran penajaan seperti bootcamp, gaji bulanan dan beberapa insentif lain. Kebiasaannya, itulah impian setiap pemain profesional bagi memastikan kewangan dan masa depan mereka terjamin.

Kalau nak diikutkan, bermain bersama di bawah satu bumbung mampu eratkan lagi silaturahim dan keserasian sesama players. Tapi bagaimana pula dengan pasukan baru ditubuhkan dan tidak pernah berlatih bersama-sama di bootcamp?

Itulah keunikan pasukan SEA Reject atau kini dikenali sebagai PG Supernova. Ini fakta penting mengenai mereka

  • Terdiri daripada 2 pemain Australia, 2 pemain Malaysia dan seorang pemain Indonesia
  • Tidak pernah kalah dalam pusingan kelayakan Zotac Cup Premier di Malaysia.
  • Kesemua ahli tak pernah bertemu antara satu sama lain dan hanya berlatih dalam talian saja.
  • Tidak mendapat tajaan seperti bootcamp, gaji bulanan dan juga insentif.
  • Baru ditubuhkan 2 minggu lalu dan menyasarkan kejohanan di rantau Asia Tenggara serta Dota Pro Circuit
PENGURUS Pasukan SEA Reject, Azmi Shamsuddin

Pengurus pasukan, Azmi Shamsuddin, 23, berkata, ahli pasukan lebih selesa berlatih secara dalam talian.

"Kelebihan pasukan ini ialah mereka selesa berlatih bersama-sama dalam talian kerana masing-masing know each other dan kerap main ranked sama-sama. Disebabkan tak ada jurulatih dan penganalisis, biasanya team ini akan berbincang sendiri untuk menilai kesilapan selepas post-match. Itu antara cabarannya.

"Saya rasakan pasukan ini lebih berkeyakinan kerana mereka boleh main bersama-sama tanpa ada masalah. Jika ada kesilapan sekali pun, semuanya 'sekepala' dan tak ada ego atau rasa tak puas hati. Masing-masing bertolak ansur. Itu antara kelebihan pasukan ini.

Azmi menambah, apa yang paling penting dalam penubuhan pasukan Dota 2 ialah keserasian. Pemain juga tak boleh gelap mata dan tak fikirkan keselesaan bersama ahli pasukan.

"Sebab utama pasukan profesional lain selalu konsisten adalah kerana faktor keserasian dibina bersama. Sebagai contohnya VP. Mereka sudah melanjutkan kontrak kerana sudah selesa sesama sendiri dan bagai sebuah keluarga. 

"Lagipun, jika mereka (SEA Reject) sudah lama main bersama, ia menjadi mudah apabila mereka mula berjumpa kelak. Kalau ada rasa tak puas hati, mereka akan selesaikan dengan cara baik kerana ini akan memberi kesan kepada mood dan prestasi dalam perlawanan.

"Jika perkara asas ini tak dapat diselesaikan terlebih dahulu, sesebuah team sudah pasti tidak dapat ke peringkat seterusnya seperti teknikal game dan sebagainya. Itu pengalaman yang saya pelajari sebelum ini,"

Menurut Azmi, dia sebagai pengurus turut bertanggungjawab memastikan hak pemain dipenuhi.

"Saya pernah menjadi pengurus bagi pasukan yang ditaja. Tapi kali ini berlainan. Semua perkara termasuklah penajaan seperti tiket penerbangan dan penginapan perlu dibuat sendiri.

"Pada usia muda, saya anggap ia satu cabaran. Dari situ saya memikirkan cara untuk mendapatkan tajaan bagi pasukan ini. Alhamdulillah, Pondok Gaming dari Indonesia bersetuju untuk menaja tiket penerbangan bagi pemain ini terutamanya dari Indonesia dan Australia agar dapat menghadiri Zotac Cup Premier Malaysian Final dua minggu lagi,"

Berikut adalah player profile untuk setiap ahli SEA Reject:

DARI kiri: Loyd, Godot, 2hoi, Splicko dan Neah

1. Muhammad Ammar Rasulli

IGN: Kaito1412 /Neah 

Posisi: 1/2 (bergantung kepada situasi)

MMR terkini: 7231 (SEA)

Warganegara: Malaysia

  • Pasukan pertama adalah Red Gaming
  • Meraih 7K MMR pada usia 14 tahun
  • Pernah memenangi banyak 1 vs 1 tournament.
  • Hero kegemaran - Ember Spirit, SF, TA dan Invoker

2. Loyd Yoong Binjie

IGN: Loyd

Posisi: 4 (bergantung kepada situasi)

MMR terkini: 7300 (SEA)

Warganegara: Malaysia

  • Mendapat 7K MMR dalam masa kurang empat bulan dalam 6K bracket.
  • Hero kegemaran - Earth Spirit, Jakiro, Treant

3. Darcy Jose

IGN: Godot

Posisi: 3

MMR terkini: 7091 (SEA)

Warganegara: Australia

  • Mempunyai pengalaman bermain Dota selama 8 tahun dan pernah menyertai kejohanan antarabangsa.
  • Pernah menyertai kejohanan antarabangsa seperti The International 2 dan Dreamhack di bawah pasukan Absolute Legends (2011-2012) 
  • Kapten dan juga drafter Can't Say Wisps (2014-2015) yang memperoleh tempat kedua dalam MSI Beat It dan juara OKDota 2014.

4. Nick Capeski

IGN: Splicko

Posisi: 1/2 (bergantung kepada situasi)

MMR terkini: 7588 (SEA)

Warganegara: Australia

  • Tujuan ke Malaysia adalah untuk bertanding bersama pemain tempatan di peringkat lebih tinggi.
  • Ingin bercita-cita untuk menjadi pemain profesional hingga ke tahap antarabangsa.

5. Chang Tu Hai

IGN: 2hoi

Posisi: 5

MMR terkini: 7200 (SEA)

Warganegara: Indonesia

  • Pemain dari Palembang ini adalah kapten kepada SEA Reject. 
  • Mula dikenali ketika bermain untuk TEAM EVOS yang juga pasukan Tier teratas di Indonesia.

Penulis harapkan yang terbaik untuk pasukan baru ini dan moga mereka lebih berjaya pada masa akan datang. Goodluck!

FINAL Malaysian Qualifier Zotac Cup Premier. FOTO: Zotac

Dapatkan info mengenai tournament Zotac Cup Premier di sini.

You might also be interested in