Coming Soon: Tournament PlayStation League Asia 2018 – Kelayakan EA SPORTS FIFA 18 Global Series

Pemain FIFA 18 seluruh Malaysia, dah bersedia ke korang bertanding untuk jadi the best of the best dalam Asia?

Berita baik untuk korang kerana PlayStation Asia dan ESL Asia akan berkolaborasi dalam menganjurkan kejohanan FIFA 18 peringkat Asia iaitu PlayStation League Asia 2018 yang mengumpulkan hadiah kemenangan sebanyak USD10,000 (RM38,642).

Pemain dari tujuh negara, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Malaysia akan berentap dalam pusingan kelayakan dalam talian bermula minggu hadapan.

Ini adalah senarai pusingan kelayakan yang akan dipertandingkan dan korang boleh klik di bawah untuk mendafar dengan segera.

Pusingan kelayakan 1 (Akan diadakan pada 12 April 2018)
Pusingan kelayakan 2 (Akan diadakan pada 13 April 2018)
Pusingan kelayakan 3 (Akan diadakan pada 14 April 2018)
Pusingan kelayakan 4 (Akan diadakan pada 15 April 2018)

Seperti juga kejohanan COD World War II, dua pemain terbaik dari setiap kelayakan akan bertanding dalam acara utama yang akan diadakan di Battle Arena, Selangor pada 13 Mei.

Adakah kita akan menyaksikan juara baru selain AmTuah dan Fenrir? Bagi yang berminat untuk saksikan player FIFA kegemaran korang beraksi, jangan lupa untuk daftar. Tiket adalah percuma dan link pendaftaran boleh klik di SINI.

Yang paling best, kalau menang korang automatik layak ke EA Sports FIFA 18 Global Series Playoff yang juga sebahagian dari The Road to the FIFA eWorld Cup 2018.

TAGS

RELATED NEWS

+