Bandai Namco Keluarkan Trailer Terbaru Dark Souls Remastered – Nampak Ganas!

Dark Souls terkenal dengan gameplay yang membuatkan pemain selalu je rasa nak keluarkan kata-kata kesat. Bukan apa, ia adalah permainan yang realistik dengan kombat sangat menyusahkan semua orang.

Dan apabila tinggal dua hari lagi sebelum keluar Dark Souls Remastered, Bandai Namco berkongsi trailer terbaru untuk membuatkan korang rasa karakter korang akan mati banyak kali lagi kali ini.

Jom saksikan video di bawah!:

Dark Souls Remastered akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 25 Mei 2018. Versi di Nintendo Switch pula akan hadir tak lama lagi.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+