Assassin’s Creed Origins Mungkin Mencatatkan Angka Jualan 2 Kali Ganda Dari Syndicate, Lapor Ubisoft

Jangka masa 2 tahun menampakkan peningkatan positif kepada francais Assassin’s Creed.

Pada 2015 lepas, Ubisoft mengeluarkan Syndicate, sebuah kisah dalam siri itu yang bertempat di Lonon. Selepas itu, tiada lagi game yang keluar untuk 2016 dan pada 2017, siri itu terus gah dengan Assassin’s Creed Origins.

Jadi, bagaimana ia dianggap satu kejayaan? Dalam satu persidangan Ubisoft, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yves Guillemot bersama Ketua Pegawai Kewangan, Alain Martinez menerangkan hasil jualan Origin adalah lebih memberangsangkan dari jangkaan mereka.

Menurut Guillemot, hasil jualan untuk game itu akan meningkat dua kali ganda dari Syndicate. Melihat kepada angka jualan yang masih positif dan kandungan baru akan datang, Ubisoft menjangkakan perkara itu bukanlah mustahil tapi boleh direalisasikan.

Selain itu, season pass termasuk The Hidden Ones dan kandungan tambahan akan datang mencatatkan hasil jualan lebih baik daripada Syndicate bermakna, peminat terus membeli season pass dari menunggu kandungan.

 

Ubisoft pastinya akan menyampaikan berita menarik kepada peminatnya tak lama lagi. Nantikan!

Dapatkan Assassin’s Creed Origins di PlayStation 4, Xbox One dan PC sekarang.

TAGS

RELATED NEWS

+