Assassin’s Creed Odyssey Mengambil Latar Masa Di Greek Purba, Tiada Gender Lock

Di persidangan Ubisoft awal pagi tadi, mereka mengumumkan Assassin’s Creed seterusnya akan dimainkan pada zaman Greek purba. Bernama Assassin’s Creed Odyssey, ia mengambil latar masa ketika Perang Peloponnesian pada sekitar 431 sebelum Masihi.

Ini adalah latar masa 350 tahun sebelum pengembaraan Bayek dan Aya ketika Origins dan beberapa dekad sebelum francais ini bermula. Kisah Odyssey berkisarkan tentang konflik antara Sparta dan Athens dan membawa pemain mengunjungi lokasi seperti Delos, Mykonos dan Attica.

Walaupun berada dalam konflik, karakter pemain adalah neutral dan tak berpihak kepada sesiapa. Selain itu, korang bukan tersekat dalam gender-lock kerana untuk pertama kalinya, korang boleh pilih untuk main sebagai hero lelaki atau perempuan.

Walaupun berbeza jantina, plotnya akan bergerak seiring dan yang berubah hanyalah model karakter dan alih suara. Selain itu, pilihan yang dibuat oleh korang dalam dialog akan menentukan hala tuju kepada plot permainan ini. Ia akan hadir pada 5 Oktober tahun ini di PlayStation 4, PC dan Xbox One.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+