Acer Predator Sah Menaja Pasukan E-Sukan Geek Fam

Acer Malaysia menerusi produk gamingnya, Predator mengumumkan penajaan ke atas organisasi e-sukan, Geek Fam bermula hari ini di majlis pembukaan Geek Fam Arena di pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur tadi.

Bagi korang yang belum tahu, Geek Fam terkenal dengan pasukan Dota 2 dan League of Legends yang sentiasa konsisten dalam arena e-sukan tempatan. Skuad Dota 2 mereka pernah memenangi kejohanan Asia Pacific Predator League 2018 di Jakarta dan skuad LOL di tempat teratas dalam League of Legends Championship Malaysia (LCM) Spring 2018.

Pengarah Produk dan Jualan Acer Malaysia, Johnson Seet sangat berbesar hati dengan penajaan ini.

“Kami sudah lama meninjau dan menyelami komuniti gaming di Malaysia. Dengan itu, kami memahami kehendak mereka dan terus menyediakan barisan produk gaming yang bersesuaian dan berteknologi tinggi.

“Penajaan ke atas Geek Fam menunjukkan kami begitu komited untuk bersama-sama mengejar kejayaan dengan mereka,”

Pengasas Geek Fam, Lim Keat Kuang juga senang hati dengan penajaan itu. Dia percaya skuad Geek Fam akan melangkah lebih jauh dengan adanya bantuan daripada Predator.

Penajaan ini juga menunjukkan pemain Geek Fam akan berlatih dengan lebih baik dengan adanya kelengkapan dari Predator termasuk monitor, desktop dan laptop yang khusus untuk gaming.

Bagi korang yang ingin mengunjungi Lot 10, jangan lupa untuk singgah di tingkat 3 yang mana Geek Fam Arena menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sehingga Ahad (15 April) dan juga cabutan bertuah. Akhir kata, tahniah kepada Geek Fam! Semoga terus berjaya dalam arena e-sukan tanah air!

RELATED NEWS

+