6 Game Ini Akan Dipamerkan Di Sukan Asia 2018 – Dota 2 dan Mobile Legends Tidak Dipertandingkan

Biasanya kejohanan e-sukan diadakan secara bersendirian, jarang kita nampak kejohanan peringkat Asia menghimpunkan banyak game untuk dipertandingkan. Tapi kali ini, Sukan Asia 2018 atau Asian Games 2018 menjadi satu titik permulaan bagi e-sukan dipertandingkan dalam satu kejohanan yang berprestij. 

Bertempat di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos ini, tentunya kejohanan disertai oleh atlet Asia ini akan menjadi satu sejarah yang baru buat industri e-sukan negara!

Olympic Council of Asia (OCA) dengan kerjasama Asian Electronic Sports Federation (AESF) dan Indonesia Asian Games Organizing Committee (INASGOC) mengesahkan acara e-sukan yang akan dipamerkan nanti. Ini bermakna e-sukan pertama kalinya menjadi sebahagian dari temasya sukan fizikal yang besar. Bagi sesiapa yang tertanya-tanya jika kejohanan ini akan menganugerahkan pingat kepada peserta seperti dalam Olimpik, tidak. Ia hanyalah demonstrasi saja. 

Ini adalah senarai game yang akan dipertandingkan mengikut persetujuan bersama:

Acara individu:

  • Starcraft II: Legacy of the Void
  • Hearthstone
  • Clash Royale

Acara berpasukan:

  • League of Legends
  • Pro Evolution Soccer 2018
  • Arena of Valor.

Pemilihan game ini dipercayai turut menjadi kenyataan hasil perbincangan bersama Tencent yang turut melabur untuk kejohanan peringkat Asia ini. 5 pusingan kelayakan akan dianjurkan antara membabitkan rantau Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur pada 10 hingga 20 Jun nanti.

Tarikh rasmi bagi Sukan Asia 2018 jatuh pada 18 Ogos hingga 2 September di Jakarta dan Palembang, Indonesia. 45 buah negara akan bertanding merebut pingat.

Korang boleh dah bersiap sedia training dengan kawan-kawan, book bootcamp dan membuat persiapan segera sebelum 31 Mei ini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi AESF di SINI.

Sumber: AESF

RELATED NEWS

+