XPAXKEK: Ultra Instinct Garang, Mara Ke Grand Final Mobile Legends

Dalam pertembungan semi final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 hari ini di The Curve Damansara, pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Ultra Instinct menunjukkan taring mereka ke atas pasukan Universiti Malaya, 7th Generation dengan skor 2-0.

Mereka diwakili oleh Ash, Athena, Mob, Nycto dan Trip.

Kemenangan ini melayakkan mereka ke Grand Final bagi pertembungan terakhir juara kampus, menentang Team Parahmen dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang sedia menunggu petang ini.

UI menggunakan lineup yang mudah untuk split push seperti Masha dan mengharapkan damage output dari midlaner mereka iaitu Ash yang menggunakan X-Borg dan Harith pada perlawanan kedua.

Walaupun ketiadaan marksman, mereka mendapatkan bantuan damage dari Valir dan Leomord dipilih untuk kedua-dua game. Ash berjaya menangkap backline pada minit ke-16, menjatuhkan Kimmy yang mempunyai streak. Mereka berjaya untuk push pada minit ke-21 dengan bantuan Lord sekali gus menamatkan perlawanan sengit ini.

Saksikan video ulang tayang perlawanan mereka di bawah:

MLBB GRAND FINAL #XPAXKEK SEM 2 Semi Final 2 – ULTRA INSTINCT Ultra Instinct [UKM] VS 7th GENERATION [UM]

Perlawanan Semi Final 1 yang cukup sengit dah settle, match Semi Final 2 akan ditersukan dengan pertarungan antara Ultra Instinct mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM] & 7th GENERATION dari Universiti Malaya [UM]! Jom saksikan team manakah yang bakal mengambil tempat ke pusingan final! #XPAXKEK SEM 2

Posted by My Game On on Saturday, November 23, 2019

Celcom XPAXKEK Semester 2 mengumpulkan 16 pasukan Mobile Legends dan 16 pasukan PUBG Mobile bertanding merebut hadiah terkumpul RM180,000 selain berusaha mengharumkan nama kampus mereka.

Dengan #DemiMaruahKampus, universiti dengan pasukan-pasukan terbaik akan dicari pemenangnya hari ini.

RELATED NEWS

+