Wild Rift: Patch 2.2c – Renekton, skins baharu dan acara menarik

Kuala Lumpur: League of Legends: Wild Rift kini menerima kemaskini terbaru patch 2.2c dengan kedatangan champion baru, Renekton.

Renekton adalah pahlawan Ascended dari padang pasir Shurima.

Dahulu, dia merupakan champion yang mempunyai empayar yang dihormati, askar yang hebat dan sentiasa ke arah kemenangan tak kira di mana.

Namun, selepas kejatuhan Sun Disc, Renekton dipenjara di bawah pasir – dan perlahan-lahan dunia di atas berubah.

Renekton kini menjadi gila dan bebas sekali lagi untuk membalas dendam kepada Nasus, abangnya. Nasus dikatakan sebab Renekton terkurung di bawah pasir.

Riot Games juga melancarkan Scorched Earth Renekton, skin siri Blood Moon untuk lima champions, Infernal Nasus dan Mecha Malphite.

Selain itu, aksesori baharu akan dikeluarkan seperti ikon baharu di potret profil, emotes, bingkai ikon, baubles dan recall Blood Moon baharu. 

Riot Games juga melancarkan Nemesis Duel: Bad Blood yang membabitkan Renekton dan Nasus.

Acara ini akan tercetus apabila anda layak untuk kriteria-kriteria yang diperlukan. Jika Nasus menang, Siphoning Strike akan menyerang semua musuh di suatu kawasan. Jika Renekton menang, dia akan kekal pada Fury maksimum semasa (Ult) Dominus.

Jangan lupa untuk baca patch notes tentang perubahan champion yang lain.

RELATED NEWS

+