Wild Rift patch 2.2b – Dua champions baru, skin Legendary dan banyak lagi

Kuala Lumpur: League of Legends: Wild Rift kini menerima kemaskini terbaru patch 2.2b yang mana ia membawakan dua champions baru, Rengar dan Kha’Zix.

Kedua-dua champions ini adalah sebahagian dari acara Masters of the Hunt yang akan didedahkan kemudian pada 6 Mei.

Untuk patch kali ini, Rengar dan Kha’Zix akan hadir pada 6 Mei. Mereka adalah champion dengan peranan Assassin yang mempunyai kemahiran menyelinap dan membuat kejutan kepada musuh.

 

Riot Games juga melancarkan tiga skins Legendary iaitu God-King Darius, God-King Garen dan Forecast Janna. Skin lain turut dikeluarkan adalah Program Nami, Death Blossom Kha’Zix dan Night Hunter Rengar.

Sementara itu, akan ada aksesori baharu yang dikeluarkan seperti ikon baharu di potret profil, emotes, bingkai ikon, baubles dan banyak lagi.

Mereka juga akan melancarkan Nemesis Duel yang mana ia membabitkan dua champions yang mempunyai dendam antara satu sama lain. Pertama kalinya, ia akan membabitkan Rengar dan Kha’Zix. 

Jika kriteria-kriteria diperlukan dipenuhi, akan ada pengumuman dalam permainan yang mengaktifkan duel tersebut.

Champions yang menang akan mempunyai stat ini:

Rengar: Automatik mendapat Ferocity ketika (ult) Thrill of the Hunt.

Kha’Zix: Mendapat mata evolusi ekstra.

Ciri baharu ini akan kekal dalam Wild Rift dan lebih banyak champions dengan Nemesis Duel akan dikeluarkan selepas ini.

RELATED NEWS

+