Wild Rift antara finalis di Anugerah Apple Design 2021

Permainan mudah alih di iOS dan Android, League of Legends: Wild Rift menjadi finalis dalam pencalonan Anugerah Apple Design 2021.

Anugerah Apple ini memberikan penghargaan kepada aplikasi menitikberatkan inovasi, kepintaran dan teknikal dalam aplikasi serta rekaan permainan.

Wild Rift tercalon dalam kategori Inovasi manakala Genshin Impact juga tercalon sebagai finalis dalam kategori visual dan grafik.

Keputusan akhir bagi anugerah ini boleh diketahui pada 10 Jun ini apabila pemenang setiap kategori diumumkan.

Wild Rift kini dalam fasa beta terbuka di seluruh dunia dan memulakan pelan e-sukan mereka sejak tahun lalu.

Permainan mudah alih Riot Games ini membawakan elemen League of Legends dari PC dan membangunkannya semula khusus di peranti pintar.

RELATED NEWS

+