VSPN ambil alih Famulei, sebuah agensi yang pernah bekerjasama dengan Faker, Team Liquid

VSPN baru-baru ini mengumumkan hak pemilikan ke atas Famulei, sebuah agensi penstriman langsung yang beroperasi di bawah jenama bebas, di bawah VSPN.

Famulei adalah syarikat yang mempunyai kemahiran dalam operasi e-sukan, hiburan dan penstriman langsung serta pengurusan talent, pemasaran, penjenamaan dan perlesenan. Di peringkat luar negara, Famulei sudah bekerjsama dengan pasukan e-sukan seperti T1, DK, GEN.G, Team Liquid dan pemain serta pempengaruh dari pelbagai kategori termasuk Faker, Sambty dan Mayumi.

VSPN merancang untuk bekerja dengan Famulei memfokuskan kepada penstriman langsung pempengaruh, mempelbagaikan kandungan e-sukan dan menjana pendapatan menerusi pengambilan pempengaruh. Matlamat VSPN adalah menyempurnakan model bisnes e-sukan, mencipta peluang pemasaran dan memperkasakan ekosistem e-sukan.

Menurut sumber, VSPN menerima dana sebanyak AS$60 juta pada Januari tahun ini. 

TAGS

RELATED NEWS

+