Video Demo Horizon Forbidden West yang penuh memukau

Sony menunjukkan 14 minit rakaman permainan Horizon Forbidden West di PS5 untuk acara State of Play. Permainan video ini telah beberapa bulan menjadi salah satu permainan video PS5 yang ditunggu-tunggu.

Di dalam rakaman tersebut, Aloy kini kembali untuk berlawan dengan mesin berbentuk binatang dan sudah semesti berlawan diantara manusia sendiri bedekatan pantai di dalam dunia pasca apokalips.

Rakaman baru ini juga menunjukkan Aloy dengan beberapa peralatan baru membantunya bergerak di Forbidden West. Apa yang kita dapat lihat ialah penutup muka untuk menyelam, glider terbang seakan-akan Breath of the Wild dan seperti biasa Aloy dengan busur dan anak panah untuk berlawan dengan mesin mahupun manusia.

Horizon Forbidden West merupakan sekuel kepada Horizon Zero Dawn. Ternyata Horizon tahun ini merupakan antara pelancaran permainan video terbesar untuk Sony tahun ini.

Namun, setakat ini tarikh pelancaran Horizon Forbidden West masih belum diketahui. Pembangunan permainan ini masih mengikut jadual tanpa apa-apa masalah.

RELATED NEWS

+