VALORANT: Koleksi skin dan mod baru, Replication kini tiba

VALORANT kini melancarkan mod permainan baru iaitu Replication yang kini tiba dalam patch 2.09.

Mod baru ini bertujuan untuk memberi rasa lebih kasual, unik dan relaks. Mod ini masih memerlukan strategi tetapi cukup untuk menarik perhatian pemain kasual yang suka dengan keseronokan pembuatan teori yang kelakar dalam VALORANT.

Dengan hanya sembilan perlawanan dan setiap perlawanan hanya 80 saat, semua pemain menggunakan Agent yang sama dan perlu mengundi untuk Agent yang dikehendaki. Selain itu, Ultimate boleh digunakan setiap pusingan.

Juga akan hadir ialah koleksi skin Tethered Realms inspirasi daripada Sovereign dan Forsaken di antara perlawanan klasik cahaya berlawan kegelapan, baik dan buruk. Jangan lupa dapatkan skin-skin baharu untuk VALORANT.

 

Maklumat dan info lanjut boleh didapati di lama utama VALORANT.

RELATED NEWS

+