UNIQLO kolaborasi dengan League of Legends keluarkan t-shirt

Los Angeles: Jenama pakaian urban, UNIQLO umum kerjasama dengan League of Legends menerusi pelancaran koleksi t-shirt mereka iaitu League of Legends UT akan dipasarkan di seluruh dunia tak lama lagi.

Kolaborasi ini menampilkan enam rekaan t-shirt yang diinspirasikan daripada karakter popular seperti Jinx, Poro, elemen ikonik Summoner’s Rift dan kumpulan wanita K/DA.

“UNIQLO berdedikasi dalam menghasilkan satu rekaan yang unik menerusi koleksi UT dan kami juga mempunyai minat yang sama dalam apa kami cipta kepada pemain permainan Riot Games,” kata Ryan Crosby, Ketua Pemasaran Hiburan dan Produk Pengguna di Riot Games.

Koleksi t-shirt League of Legends UT ini akan tersedia di pasaran tak lama lagi di laman web UNIQLO dan stor sementara stok masih ada.

Ia dianggarkan berharga AS$19.90 (sekitar RM82) dan hadir dalam saiz XXS-3XL.

Sebelum ini, UNIQLO pernah berkolaborasi dengan MARVEL, Disney dan banyak lagi syarikat terkemuka.

Kolaborasi ini bukanlah satu kejutan namun ia memberikan satu pengalaman menarik kepada peminat untuk menunjukkan sokongan mereka kepada League of Legends dan sebagai satu cara untuk menonjolkan pesona diri.

RELATED NEWS

+