Tonton filem Inception dalam Fortnite pada esok malam

Epic Games telah menganjurkan pelbagai acara menarik dalam permainan video mereka Fortnite. Sebelum ini mereka pernah mengadakan konsert Travis Scott dan Marshmello. Selepas ini, sebuah filem pula akan dipertontonkan.

Filem Inception akan dipertontonkan dalam Fortnite di ruangan Party Royale esok jam 8 malam waktu Malaysia. Sesiapa sahaja boleh menyertai parti tontonan ini secara percuma.

Selain daripada Inception, dua filem lain arahan Christopher Nolan juga akan dipertontonkan iaitu Batman Begins dan The Prestige. Pemilihan filem dibuat oleh Epic Games berdasarkan hak pengedaran mengikut negara-negara yang terlibat.

Ini bukan kali pertama sebuah karya Christopher Nolan muncul dalam Fortnite. Pada bulan lepas, sebuah trailer baharu filem Tenet telah dipertunjukkan dalam permainan video tersebut.

Acara ini dipanggil Movie Nite dan nampaknya Epic Games ingin meneruskan acara sebegini pada masa depan. Mereka juga akan menyediakan sari kata. Satu peraturan utama acara ini ialah anda tidak benar merakam atau stream acara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara Movie Nite ini dan juga langkah-langkah untuk menyertainya, anda boleh melayari laman web rasmi Fortnite.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+