Todak VALORANT dan Kingsmen wakil Malaysia ke Grand Final AOC Masters Tournament

Todak VALORANT berjaya mencipta kejayaan selepas memenangi pusingan kelayakan Malaysia bagi kejohanan AOC Masters Tournament yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Mewakili Malaysia, Todak dan tempat kedua, Kingsmen akan bertarung untuk Grand Final pada Disember ini menentang pasukan lain daripada Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong.

Dalam pusingan kelayakan itu, Todak berjaya memenangi RM4,000 berserta monitor AOC 24G2 sebanyak lima unit. Bagi Kingsmen pula mereka menerima monitor AOC 24G2E5 sebanyak lima unit.

Pada Disember ini, Grand Final serantau itu akan mengumpulkan hadiah terkumpul AS$40,000 (RM166,000).

Bagi info lanjut berkenaan kejohanan AOC Masters Tournament, anda boleh layari Facebook group AOC Gaming.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+