Todak mara ke playoffs

Pasukan Todak layak ke lower bracket Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2021) selepas menewaskan Nightmare Esports 2-0 sebentar tadi.

Dalam perlawanan pertama, Todak menang mudah dengan pemilihan hero seperti Khufra dan Luo Yi yang boleh melakukan kombo dengan mudah.

Pemilihan Ling untuk Ciku tidak berapa memberi impak namun cukup kuat untuk memberi kelebihan kepada Todak pada minit akhir.

Lunox oleh 4Meyz mengenakan damage paling tinggi iaitu sebanyak 52,060.

Momo menjadi MVP buat perlawanan pertama ini.

Di perlawanan kedua, Todak memberikan Ciku Claude sekali gus membuatkan teamfight menjadi lebih kuat. Lihat item dan MVP bagi perlawanan kedua di bawah:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+