Todak jatuh ke lower bracket, RSG MY mara

Pasukan RSG MY, yang juga pasukan Mobile Legends dengan ranking tinggi di liga profesional (MPL MY) musim ketujuh, kini mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Todak sebentar tadi.

Dalam perlawanan upper bracket pertama hari ini, RSG MY berjaya mendapatkan skor 2-1. Dengan kemenangan ini, RSG MY akan berjumpa dengan Suhaz EVOS atau Orange Esports pada hari esok.

Sementara itu, Todak akan bertemu Geek Fam seperti diramalkan Xorn dalam satu temubual bersama hos, Fiera Fendi pada petang tadi.

Gloo yang dimainkan Kaizer menerima 196,511 damage! Sangat tinggi menahan serangan pasukan Todak.

Pada perlawanan ketiga, sangat sengit apabila kedua-dua pasukan memberikan serangan balas antara satu sama lain. 

Tapi gameplay ditunjukkan oleh Lolealz yang begitu sabar sebagai Lunox berjaya memberikan ruang kepada RSG MY mengambil game ketiga ini.

Zacus juga bermain dengan baik, membuat onar di barisan hadapan bagi menakutkan pemain Todak.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+