Teringin buat game sendiri? Memperkenalkan Game Builder Garage dari Nintendo

Nintendo hari ini mengumumkan satu permainan baharu untuk Nintendo Switch iaitu Game Builder Garage. Perisian ini membolehkan pemilik untuk membina dunia game tersendiri. Anda boleh menonton treler video pengumuman di bawah.

Game Builder Garage menggunakan pengaturcaraan visual dengan menyambung makhluk-makhluk yang dipanggil Nodon. Setiap Nodon mempunyai fungsi-fungsi tersendiri yang unik. 

Setiap pemain akan diajar dengan asa pembinaan permainan video. Mod Free Programming juga ada untuk pemain yang berpengetahuan dalam bidang pergaturcaraan. Permainan yang telah dibina juga boleh dikongsi kepada rakan untuk dimain malah pemain jugak boleh melihat bagaimana ia dibina.

Perisian ini mengingatkan kita kepada Nintendo Labo di mana semua orang digalakkan untuk membuat kraft yang unik menggunakan kadbod.

Game Builder Garage kini boleh di pra-tempah di eShop yang ditawarkan pada harga RM120 dan akan tiba pada 11 Jun ini.

Sumber rujukan: IGN

RELATED NEWS

+