Tema PS4 God Of War Ini Mengacah Sekuel Seterusnya

Sempena ulang tahun pertama God of War 4 tak lama lagi, Sony Santa Monica dah pun keluarkan banyak goodies.

Antaranya, mereka sedang memberikan diskaun untuk siri permainan ini malah beberapa item lain contohnya tema dinamik PS4 yang dikeluarkan baru-baru ini. Tapi ia bukan sekadar tema sebenarnya, Sony mungkin tengah tease sekuel!

Di tema dinamik PS4 itu, kelihatan Kratos dan Atreus sedang duduk di atas bot tapi pengguna Reddit perasan ada mesej yang tertulis di sepanjang bot itu.

Nordin Runes itu apabila diterjemah menunjukkan ayat “Ragnarok akan datang.” Bagi sesiapa yang dah biasa dengan mitologi Norse, korang mesti tahu ia bermaksud ‘kiamat’. Ramai pemain mengatakan Kratos dan Atreus akan berdepan dengan Ragnarok ini pada masa depan.

Walaupun pengarah Cory Barlog tidak mengesahkan perkara ini, beliau ada membalas twit dari Ryan Brown menggunakan emoticon terkejut.

Tidak berapa lama lagi, kita akan dengar pengumuman rasmi dari pembangun untuk mendedahkan babak seterusnya dalam siri ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+