Teaser Karakter – “Eula: Midnight Encounter at the Tavern” akan hadir ke Genshin Impact

Hari ini miHoYo mengumumkan Eula, karakter Cryo (Ais) lima bintang terbaharu dalam dunia Teyvat – Genshin Impact.

Eula akan hadir ke Genshin Impact tidak lama lagi sebagai kandungan kemas kini baharu.

Teaser ini menunjukkan cerita, pelakon suara, hobi, makanan kesukaan Eula dan macam-macam lagi. Eula menggunakan claymore (pedang gergasi) sebagai senjatanya untuk berlawan.

 

Sejarah Eula

Eula berasal dari keluarga bangsawan Lawrence. Pada masa dulu, keluarga Lawrence dikaburi oleh ketamakan dan cuba menguasai Mondstadt. Tetapi Vanessa Grandmaster pertama Mondstadt berjaya menghentikan Puak Lawrence dari merosakkan Monstadtd dan menubuhkan Knights of Favonius bagi menjaga keamanan Mondstadt.

Walaupun berketurunan Lawrence, Eula menyertai Knight of Favonious malah menjadi pahlawan aset penting untuk organisasi tersebut dengan kehebatan berlawan, keberanian dan gerak hati yang hebat.

Kini, Eula sebagai Kapten untuk pasukan perisik Knights of Favonius Reconnaissance Company. Ditugaskan untuk merisik dan menangkap musuh, kerja ini membuatkan Eula jarang berada di Mondstadt. Eula juga dikenali sebagai Spindrift Knight.

Disebabkan asal usul Eula dari keluarga Lawrence yang dibenci oleh masyarakat Mondstadt, Eula juga ditakuti oleh orang ramai hanya disebabkan nama keluarganya. 

“Tak ada benda lagi untuk dicakap bagi seseorang dari keluarga Lawrence, tak kira apa yang dicakap atau dibuat, masyarakat tetap akan benci.” dari Eula – Genshin Impact.

Eula selalu bercakap untuk membalas dendam. Tapi… betul kah Eula akan membalas dendam untuk orang-orang yang membenci keluarganya? Nantikan kedatangan Eula nanti di Genshin Impact dalam masa terdekat sahaja lagi.

 

Pelakon Suara Eula

Pelakon suara Eula juga diumumkan dan akan dilakonkan oleh Suzie Yeung bagi bahasa inggeris dan Rina Sato bagi bahasa jepun. Kedua-dua pelakon suara ini sangat terkenal dalam dunia anime, filem dan permainan video.

Suzie Yeung terkenal dengan suara Ruka Rengoku dalam Demon Slayer the Mugen Train juga pernah menjadi pelakon suara untuk Attack on Titan, Goblin Slayer, Jujutsu Kaisen, dan anime yang lain.

Rina Sato pula menjadi pelakon suara untuk pelbagai filem, permainan video dan anime. Antaranya Monster Hunter Rise, Demon Slayer Mugen Train movie, Sailor Moon, Persona 5 Strikers, Pokemon Masters, dan lain-lain.

Anda boleh layari website Genshin Impact untuk mendengar suara Eula dalam pelbagai bahasa.

 

Hobi-hobi Eula

Hobi Eula ialah minum air sejuk sambil duduk di tepi gaung sambil menikmati angin dan berenang di dalam tasik beku di Dragonspine. Ternyata Eula memang karakter Cryo(Ais).

 

Makanan Kesukaan Eula

Makanan kesukaan Eula lebih kurang sama dengan tema kesejukan iaitu “Tomato sejuk dengan Telur Gulung Jelli Aspic dengan air sejuk jus buah beri dan pudina,”.

RELATED NEWS

+