mengumumkan lineup baru 2020 untuk skuad PUBG Mobile tapi kini mempunyai pasukan League of Legends sendiri!"> mengumumkan lineup baru 2020 untuk skuad PUBG Mobile tapi kini mempunyai pasukan League of Legends sendiri!" /> mengumumkan lineup baru 2020 untuk skuad PUBG Mobile tapi kini mempunyai pasukan League of Legends sendiri!" />

Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam

Tahun ini, organisasi e-sukan Eropah, Team Secret membuka lembaran baru dengan begitu baik. Mereka bukan saja mengumumkan lineup baru 2020 untuk skuad PUBG Mobile tapi kini mempunyai pasukan League of Legends sendiri!

Pengumuman di Twitter mengatakan Team Secret mengambil alih roster Lowkey Esports dari League of legends Vietnam Championship Series (VCS).

Lineup penuh bagi Team Secret LOL adalah: 

  • Han, Coated dan Akame – Top
  • DNK – Jungler
  • Artifact, Pampy – Mid
  • Celebrity, Eddie – ADC
  • Venus, Yin – Support
  • Nixwater – Jurulatih
  • KingJ – Penganalisa

Menurut laporan OneEsports, Secret memilih roster Vietnam dan bukannya Amerika Utara atau Eropah kerana liga LCS dan LEC menggunakan model francais, membuatkan ia mustahil untuk mengambil alih pasukan pada pertengahan musim.

Riot perlu mengesahkan kesemua permohonan dan terdapat bayaran dikenakan bagi pembelian pasukan iaitu sebanyak AS$10 juta.

VCS pula tidak menggunakan model francais jadi mereka tidak perlu membayar sebanyak LCS di Amerika Utara.

Sumber: OneEsports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+