Star Wars: Squadron diumumkan, akan tiba pada Oktober ini di PC dan konsol

Electronic Arts (EA) telah mengumumkan sebuah permainan video Star Wars baharu iaitu Star Wars: Squadron. Ia merupakan permainan pertarungan kapal angkasa berformat 5v5.

Star Wars Squadron akan dilancarkan pada 2 Oktober tahun ini di PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan PC melalui Origin, Steam, dan Epic Games Store.

Judul ini juga akan menyokong permainan rentas platfrom (crossplay). Selain itu, pemain PC dan PS4 boleh bermain mod virtual reality (VR) untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.

Walaupun judul ini jelas sekali direka untuk permainan multi-pemain, ia tetap akan mempunyai mod single player. Rekaan ini sama seperti rekaan Star Wars: Battlefront II yang juga diterbit oleh EA.

Permainan judul ini akan diperlihatkan di acara digital EA Play pada 19 Jun pada waktu 7 pagi mengikut waktu Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Star Wars: Squadron, anda boleh melayari laman web rasmi EA.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+