Spekulasi miHoYo menghilangkan fungsi penukaran signature ID Genshin Impact

Sejak jam 12 tengah malam semalam, ramai pemain Genshin Impact memberi laporan mengenai keputusan miHoYo untuk menghilangkan fungsi penukaran signature ID dan juga nickname bagi pemain.

Kejadian ini memberi spekulasi kepada beberapa pemain Genshin Impact, hal mempunyai kaitan dengan tarikh 4 Jun 1989, kejadian protes 1989 di Tiananmen Square yang merupakan peristiwa gelap tidak mahu diingati ramai orang di China.

Namun keputusan miHoYo ini nyata mencetuskan kemarahan kepada beberapa pemain Genshin Impact apabila mereka tidak dapat menukar Signature ID mereka.

Pemain-pemain juga kini tersekat dengan beberapa signature ID yang boleh dikatakan kelakar untuk dibaca dan ada juga yang memalukan pemain itu sendiri. 

 

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan dari miHoYo mahupun mana-mana laman sosial Genshin Impact. Kita masih tidak tahu kenapa miHoYo membuat keputusan demikian.

RELATED NEWS

+