“Sorry guys. Kami dah cuba yang terbaik,” – Moon

Pemain Todak MLBB, Zikry Shamsuddin (Moon) optimis ingin buat yang lebih baik pada kejohanan Mobile Legends akan datang.

Dalam satu hantaran di Instagram, Moon meminta maaf, mengatakan mereka sudah buat yang terbaik di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

Dalam perlawanan tadi, Todak MLBB tidak mampu meneruskan perjalanan mereka di MSC 2021 selepas tewas di tangan Bigetron Alpha, 0-2.

Perlawanan tersebut memihak kepada BTR apabila draft digunakan mereka lebih berkesan dan Rippo mempunyai hero pool yang agak besar untuk patahkan strategi Todak.

Masih mempunyai satu lagi wakil Malaysia akan berlawan pada hari ini iaitu RSG MY ke atas skuad Filipina, Blacklist International jam 5 petang ini.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+