Sony Menarik Diri Dari PAX East 2020 Di Boston Kerana Wabak Koronavirus

Wabak Koronavirus makin menjadi-jadi, menyebabkan banyak acara luar negara dibatalkan atau ditunda. 

Situasi sama turut terjadi pada satu acara gaming di Boston, MA iaitu PAX East 2020.

Peminat dari Amerika Syarikat terutamanya pasti kecewa kerana tidak dapat memainkan demo permainan video Sony di acara berkenaan.

Ini adalah kenyataan Sony: “Hari ini, Sony Interactive Entertainment membuat keputusan untuk tidak menyertai PAX East di Boston tahun ini kerana kerisauan wabak COVID-19 (novel koronavirus). Kami rasa ini adalah pilihan paling selamat buat masa ini. Kami kecewa kerana terpaksa membatalkan penyertaan tapi kesihatan dan keselamatan kakitangan kami adalah keutamaan,”

Antara demo yang akan diperlihatkan pada awalnya ialah The Last of Us Part II yang mana memberikan satu jam pengalaman kepada pemain untuk mengikuti kembara Ellie. Demo Persona 5 Royal dan Trials of Mana juga akan diperlihatkan di sana.

PAX East 2020 akan diadakan pada 27 Februari hingga 1 mac 2020 di Boston.

Sumber: Siliconera

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+