Sony dedahkan semua komponen dalaman PS5 dalam video baharu

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah memuat naik sebuah video bertajuk “PS5 Teardown: An up-close and personal look at the console hardware” dan ia mempertunjukkan semua komponen-komponen dalaman konsol PlayStation 5.

Dalam video ini, Yasuhiro Ootori, Naib Presiden Jabatan Rekaan Mekanikal di Divisyen Rekaan Perkakasan SIE, membuka konsol tersebut dan menunjukkan setiap satu komponen luaran dan dalaman seperti SSD, GPU, kipas penyejukan, dan banyak lagi.

Antara perkara menarik yang didedahkan dalam video ini adalah bahawa penutup bahagian atas dan bawah PS5 boleh dibuka dengan sangat mudah. Ini bermaksud ada kemungkinan penutup-penutup dengan corak unik akan dijual.

Selain itu, PS5 juga mempunyai beberapa lubang yang boleh digunakan untuk mengosongkan habuk dengan penyedut habuk. Kewujudan lubang-lubang ini memastikan pengguna biasa boleh membersihkan penangkap habuk dengan senang.

PS5 akan dilancarkan secara global pada 19 November tahun ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+