Skin Black Manta diperkenalkan dalam Fortnite

Black Manta merupakan salah seorang musuh Aquaman yang muncul dalam filem adiwira tersebut pada tahun 2018 dan kini dia membuat kemunculan dalam permainan video Fortnite pula.

Set Black Manta kini boleh dibeli melalui Item Shop Fornite dan ia bernilai 1,500 V-bucks atau lebih kurang RM54 di PlayStation Store. Selain daripada skin Black Manta, set tersebut juga mengandungi back bling Manta Pack.

Baru-baru ini, Epic Games juga melancarkan skin Aquaman dalam Fortnite dan ia boleh didapati dengan menyelesaikan Aquaman Challenges. Kedua-dua skin ini menggunakan estetik filem Aquaman dan bukan penampilan asal mereka dalam buku komik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+