Singapore Major pembuka tirai Dota Pro Circuit 2021

ONE Esports telah mengumumkan kejohanan DOTA 2 Singapore Major yang akan diadakan dari 27 Mac hingga 4 April tahun ini. Kejohanan ini merupakan kejohanan Major pertama dalam Dota Pro Circuit (DPC) 2021.

Kejohanan ini dianjurkan oleh ONE Esports dengan kerjasama Singapore Tourism Board (STB). Ia bakal menjadi Major pertama yang disiarkan secara langsung pada resolusi 4K dan kadar bingkai 60FPS.

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah AS$500,000 (~RM2 juta). 18 pasukan terbaik dari DPC 2021 Winter Season akan bertanding di kejohanan ini. Berikut adalah pecahan pasukan mengikut kawasan:

  • Eropah – 4 pasukan
  • Cina – 4 pasukan
  • Asia Tenggara – 3 pasukan
  • Commonwealth of Independent States (CIS) – 3 pasukan
  • Amerika Utara – 2 pasukan
  • Amerika Selatan 2 pasukan

Anda boleh mendaftarkan diri di laman web rasmi ONE Esports untuk mendapatkan berita terkini mengenai DOTA 2 Singapore Major.

Sumber: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+