ServerDNA 5 menjanjikan hadiah barangan komputer bernilai lebih daripada RM200,000

Setelah mengadakan ServerDNA Live! Online pada Jun lepas, ServerDNA kini kembali lagi dengan acara utama mereka untuk tahun ini iaitu ServerDNA 5. Ia akan diadakan secara dalam talian dari 5 hingga 6 Disember tahun ini.

Pihak pengangjur menjanjikan hadiah cabutan bertuah barangan komputer di ServerDNA 5 bernilai lebih daripada RM200,000. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para penonton seperti sesi perkongsian produk elektronik bersama Natasha Hashim, pertandingan cosplay, dan acara pemberian hadiah Mousepad Party yang akan dipengacarakan oleh Flava.

Bagi anda yang lebih berminat dengan e-sukan, jangan risau. ServerDNA 5 akan menjadi tuan rumah untuk dua kejohanna e-sukan iaitu TIME Cyber League | Valorant dan Kejohanan PES 2021 Anjuran Majlis Sukan Negeri Kelantan. Anda boleh mendaftarkan diri dan mendapatkan maklumat lanjut untuk kedua-dua kejohanan ini di sini.

Acara ini juga patut disertai oleh mereka yang ingin melibatkan diri dalam industri e-sukan dan permainan video kerana terdapat beberapa sesi perkongsian bersama pakar-pakar industri yang akan diadakan. Antara jenama-jenama hebat yang terlibat dalam acara ini adalah LG, AMD, Seagate, Predator, Sades, dan Western Digital.

ServerDNA Live! Online yang dianjurkan sebelum ini berjaya mencatat lebih daripada 5,000 penonton. Kali ini, ServerDNA ingin memecahkan rekod mereka dan menyasarkan lebih daripada 10,000 penonton untuk menyertai ServerDNA 5.

Ini memang salah satu acara yang wajib disertai jika anda seorang gamer. Tunggu apa lagi? Pendaftaran adalah percuma!

Untuk maklumat lanjut mengenai ServerDNA 5, anda boleh rujuk laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+