ServerDNA 5 berjaya meraih lebih daripada 60,000 penonton

Acara gaming dan barangan komputer ServerDNA 5 telah berakhir pada hari Ahad baru-baru ini. Nampaknya ia telah menjadi satu kejayaan besar untuk ServerWare kerana acara ini ditonton oleh 62,158 penonton dalam tempoh dua hari ia diadakan.

Dalam ringkasan statistik yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, kita juga dapat tahu bahawa jumlah penonton serentak tertinggi siaran langsung ServerDNA 5 ialah 1,092 penonton. Ini merupakan pencapaian yang sangat bagus untuk sebuah acara digital tempatan.

Jelas sekali aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di ServerDNA 5 seperti kejohanan e-sukan VALORANT yang ditaja oleh TIME, pertandingan cosplay, dan giveaway barangan komputer dalam segmen Mouse Pad Party berjaya menarik minat pemain-pemain di Malaysia.

Ramai penonton bertuah ServerDNA 5 membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti kerusi gaming, RAM, bekas komputer, tetikus gaming, papan kekunci gaming, dan banyak lagi.

Jika anda terlepas peluang untuk menyertai ServerDNA 5, jangan risau kerana penulis yakin acara ini tetap akan diadakan pada tahun depan. Pastikan anda mengikut laman Facebook rasmi ServerDNA untuk mendapat maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti mereka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+