ServerDNA 3.0: Siapakah Bakal Memenangi Favourite Streamer Award? Undi Streamer Kegemaran Korang Segera!

Berikan sokongan sepenuhnya untuk mengundi streamer kegemaran korang!

Sempena persidangan gamers terbesar di Malaysia yang akan berlangsung pada 29 September ini, ServerDNA 3.0 mengadakan satu anugerah khas untuk meraihkan komuniti streamer tempatan kita!

Pemenang Favourite Streamer Award yang berjaya menawan hati-hati peminat bakal membawa pulang plak dan sijil khas serta hadiah istimewa daripada pihak ServerDNA 3.0.

Antara streamer yang tercalon dalam kategori Favourite Streamer Award adalah Ai Gaming, CortXGreenDumplingMrCocan, SparTankeR dan ramai lagi!

Cara untuk mengundi adalah senang sahaja. Korang hanya perlu daftarkan diri dahulu dan boleh undi sebanyak 3 streamer pilihan korang!

Undi sekarang di streamer.serverdna.asia sekarang!

Bukan setakat streamer tempatan sahaja yang mendapat penghargaan, ServerDNA 3.0 turut mengadakan bukan satu tapi DUA anugerah khas untuk PC modders yang dikenali sebagai Seagate Modders Award dan InWin’s Choice Award bagi Top PC Case Modding.

Bagi Seagate Modders Award, undi akan hanya dibuka kepada pengunjung ServerDNA 3.0 sahaja manakala InWin’s Choice Award akan menggunakan juri-juri dari syarikat teknologi ternama dari InWin Taiwan, Asus Malaysia dan Acer Malaysia.

RELATED NEWS

+