Selepas 25 tahun, PlayStation 5 akan menjadikan butang X sebagai “confirm”

Nampaknya pengalaman gamer bermain PlayStation 5 nanti akan berubah selama-lamanya!

Baru sahaja diumumkan, alat kawalan PS5 akan menggantikan penggunaan X sebagai butang untuk ‘confirm’ ketika dalam sistem menu dan dalam permainan. Butang O pula adalah ‘cancel/back’.

Dalam laporan Siliconera, jurucakap Sony mengatakan “Tujuan penukaran ini adalah untuk mengelakkan situasi yang mana butang sah adalah berlainan dari sistem menu dan dalam permainan,”.

Difahamkan, sejak PS1, butang O adalah digunakan untuk ‘confirm’ di Jepun. Ini adalah trend yang Sony ikut dari Nintendo yang menggunakan butang A sejak konsol SNES untuk ‘confirm’ dan digunakan di semua rantau.

Manakala di sebelah barat pula, X adalah tanda checkmark dan di Jepun, X menandakan salah. Banyak permainan mengubah-ubah tetapan ini jadi ada pemain yang kadangkala keliru.

Bagaimana impaknya perubahan ini kepada pengguna PS5 di Jepun dan Asia kelak pastinya akan menjadi perbualan hangat. 

PlayStation 5 akan dilancarkan pada 19 November ini.

Sumber rujukan: Siliconera

RELATED NEWS

+