Savage pertama di playoffs, Suhaz EVOS mara ke semi final

Pasukan Suhaz EVOS berjaya mendapatkan kemenangan dan mara ke semi final liga profesional Mobile Legends (MPL MY) musim ketujuh selepas menewaskan skuad Orange Esports sebentar tadi dengan skor 2-0.

Malah, pasukan tersebut turut berjaya mendapatkan Savage pertama pada hari ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Mereka akan bertemu dengan skuad RSG MY di pusingan semi finals esok sementara Orange akan terus bertarung di pusingan lower bracket, bertemu Red Esports.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+