Saksikan Trailer Pelancaran Red Dead Redemption 2 & Mula Pre-Load Game Sekarang

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadi seorang koboi di ambang era Wild West di tanah Amerika Barat.

Saban hari tiba tarikh pelancaran, Rockstar mengeluarkan satu trailer terakhir sebelum Red Dead Redemption 2 dilancarkan pada minggu hadapan. Trailer ini menggabungkan beberapa detik menarik Arthur Morgan berhadapan dengan pelbagai ancaman menjatuhkan geng Van der Linde dalam game ini. Saksikan trailer di bawah:

Bagi mereka yang teringin nak tengok bagaimana multiplayer Red Dead Online berfungsi dalam trailer, harap korang bersabar dulu kerana Red Dead Online akan dilancarkan sepenuhnya pada bulan November ini.

Selain itu, pemain yang pre-order Red Dead Redemption 2 secara digital sudah boleh mula download bermula pada 19 Oktober, Jumaat pada pukul 12pm.

Sebagai langkah berjaga-jaga, korang memerlukan ruangan stor agak luas untuk memuat masuk Red Dead Redemption 2 kerana versi PS4 bersaiz 105GB manakala versi Xbox One pula bersaiz 88.56GB.

Red Dead Redemption 2 bakal dilancarkan pada 26 Oktober di PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+