Sah! Soloz, Obot dan Daddy Hood kini rasmi jadi duta Codashop

Codashop sah berkolaborasi dengan organisasi e-sukan popular di Malaysia iaitu Team Bosskurr bagi mengukuhkan lagi posisi mereka sebagai platform tambah nilai third party di negara ini.

Ahli Bosskurr yang terbabit dalam kolaborasi ini adalah Soloz, Daddy Hood dan Obot Gaming. Dengan adanya 7.5 juta jumlah pengikut, ketiga-tiga mereka ini akan menjadi duta dengan mempromosikan Codashop secara eksklusif di laman sosial seperti Facebook livestream, Instagram dan Tiktok.

Ketiga-tiga mereka ini juga akan mengambil bahagian dalam Codashop Global Series (CGS), yang mana ia merupakan kejohanan bulanan oleh Codashop untuk berinteraksi dengan penonton dan pasukan yang bertanding.

“Codashop teruja untuk bekerjasama dengan Team Bosskurr. Kolaborasi ini selari dengan visi Codashop dalam memberikan pengalaman tambah nilai terbaik di Malaysia. Dengan kolaborasi ini, ia menguatkan lagi usaha kami untuk mengembangkan dan menyokong komuniti gaming dan e-sukan tempatan” kata Country Manager di Coda Payments, Narishvin Sukumaran.

Peminat Team Bosskurr juga boleh menantikan lebih banyak kempen dan promosi untuk PUBG Mobile, VALORANT dan League of Legends: Wild Rift di media sosial Team Bosskurr dan Codashop.

“Saya sudah lama meletakkan kepercayaan untuk menambah nilai dengan Codashop dan saya berasa gembira atas peluang untuk bekerjasama dengan mereka,” kata Soloz.

“Saya berasa teruja dapat bekerjasama dengan Codashop dan Codashop Global Series (CGS) untuk membina komuniti Esports di Malaysia,” kata Daddyhood.

“Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Codashop untuk membina industri para pemain dan streamer e-sukan di Malaysia,” kata Obot Gaming.

Codashop adalah salah satu laman web tambah nilai bagi permainan dan hiburan dalam talian terbesar dan dipercayai di lebih 30 buah negara.

Mereka bekerjasama dengan pihak pembangun untuk MLBB, PUBG Mobile, VALORANT dan Wild Rift untuk memberikan pengalaman tambah nilai yang lebih baik.

Setiap tambah nilai adalah mudah tanpa perlu pendaftaran atau log masuk. Kredit permainan dibeli menerusi saluran pembayaran seperti Boost, Touch ‘n Go eWallet, U Mobile, Digi, Celcom dan Maxis akan dimasukkan terus ke dalam akaun. 

Layari laman web Codashop dan LINK INI untuk info lanjut.

RELATED NEWS

+