RSG MY teruskan perjuangan di lower bracket

Pasukan Malaysia, RSG MY akan teruskan perjuangan di lower bracket bagi kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 selepas tewas di tangan Blacklist International dari Filipina sebentar tadi.

Dalam perlawanan pertama, Blacklist International mengambil Mathilda yang memberikan kelebihan sangat besar kepada mereka. Pemilihan Aldous sebagai jungler kurang memberi impak tapi Harith adalah main damage dealer bagi pasukan itu.

Jika dilihat pada carta di bawah, Harith mengenakan daya serangan paling tinggi, diikuti dengan Paquito.

Ohmyv33nus muncul MVP sebagai Mathilda di perlawanan pertama.

Di perlawanan kedua, Blacklist International terus mengasak pasukan RSG MY dengan strategi Diggie feeder namun yang betul-betul membuat perubahan adalah pemilihan Harith juga yang sangat kuat dalam teamfight.

RSG MY akan bertembung dengan Bigetron Alpha dalam pusingan lower bracket seterusnya.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

RELATED NEWS

+