RSG MY menang lagi, 2-0 ke atas IDNS Thailand

Pasukan Malaysia, RSG MY meneruskan momentum mereka di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2021) yang berlangsung sejak semalam.

Dalam perlawanan hari ini, mereka berjaya menundukkan skuad Thailand, IDNS dengan skor 2-0. Kemenangan itu bermakna RSG MY kini layak ke upper bracket di playoffs.

Hari ini, Zacus sekali lagi mengejutkan ramai pihak dengan prestasinya sebagai Khufra, malah ada netizen yang mengaitkan kemahirannya sama seperti LJ dari EVOS Legends yang gemar bermain hero tank itu.

Pemilihan Khufra juga bertepatan dengan gabungan hero lain seperti Lunox dan Alice. Apabila Khufra masuk, pastinya ada backup yang menyusul dan Tyrant’s Rage tidak dibazirkan begitu saja.

Sementara itu, pasukan Todak pula masih mempunyai harapan apabila menang semalam 2-0 ke atas skuad Vietnam, Cyber Exe.

Peringkat kumpulan MSC 2021 hanya tinggal sehari lagi iaitu esok menjadi penentuan siapa layak ke playoffs.

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

Foto: RSG MY

RELATED NEWS

+