RSG MY layak ke Grand Final dan juga slot ke MSC 2021

Pasukan RSG MY berjaya menempah slot ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2021) dan grand final MPL MY S7 selepas menewaskan Suhaz EVOS 2-0 dalam perlawanan semi final sebentar tadi.

Mereka bermain dengan begitu baik, menggunakan meta dua mage dan satu support di perlawanan kedua tadi.

Walaupun menggunakan pick berisiko dengan pemilihan Helcurt untuk Leixia, namun hero tersebut membantu pada minit akhir dengan mengacau perlawanan.

Namun, yang menjadi tanda tanya pada minit akhir juga apabila Box memilih untuk solo membunuh Leixia namun strateginya dipatahkan oleh ahli RSG MY lain yang hadir membantu.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

Foto: RSG MY

RELATED NEWS

+