RSG MY kembali bangkit, tewaskan Team SMG

Pasukan RSG MY bangkit dari kekalahan mereka minggu lalu dan mengakhiri perlawanan hari ini 2-0 ke atas Team SMG.

Pada minggu ketujuh musim liga MPL MY musim ketujuh, pasukan yang dianggotai Lolealz, Zacus, Izanami, Kaizer dan Leixia itu bermain dengan begitu baik sekali. Kemasukan bekas pemain Reborn Esports, Zacus juga banyak membantu RSG MY untuk menang.

Di perlawanan kedua, pengambilan Khufra membuahkan hasil. Gaya permainan hyper carry ditunjukkan Fakez dapat dipatahkan oleh Zacus yang bermain Khufra.

Walaupun hero tank tersebut jarang dimasukkan dalam meta, tapi kali ini ia memberikan kelebihan kepada RSG MY.

Minggu lalu, RSG MY tewas di tangan Orange Esports apabila pemain mereka, Mom mengejutkan RSG dengan pemilihan Alucard di perlawanan kedua.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

 

 

RELATED NEWS

+