RSG MY assist paling tinggi, Zacus tempat pertama, diikuti Izanami

Pasukan Malaysia, RSG MY yang bertanding di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2021) memperoleh jumlah assists paling tinggi setakat semalam. 

Ahmad Zaki Ibrahim (Zacus) memperoleh jumlah assist paling tinggi iaitu 55 mata diikuti Mohammad Irwandy Lim (Izanami) di tempat kedua dengan 50 mata.

Skor ini tak boleh dinafikan lagi kerana Zacus adalah pemain pure tank yang sentiasa berada bersama pasukan untuk gank ataupun berada di frontline menadah damage sementara ahli-ahli RSG MY lain menewaskan musuh. Izanami pula bermain mage dan berada dalam teamfight dengan kerap juga.

Anda boleh lihat stats lain bagi pasukan-pasukan bertanding di MSC 2021 dengan melayari laman sesawang INI.

Kedudukan ini mungkin berubah bagi Dreams dari Bigetron Alpha sekiranya beliau mendapatkan lebih 11 assists pada perlawanan ke atas RSG SG hari ini.

Namun, jika dinilai kembali, itu sudah masuk tiga set perlawanan sementara RSG MY hanya dua set (yang melayakkan mereka ke playoffs selepas menang 2-0).

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

TAGS

RELATED NEWS

+