ROG Strix ini direka khas untuk pemain papan selaju terkenal, Nyjah Huston

ROG Strix Nyjah Huston Special Edition merupakan komputer riba eksklusif untuk Nyjah Huston, pemain papan selaju dari Amerika.

Komputer riba itu didatangi dengan tetikus eksklusif, pad tetikus dengan logo Nyjah.

Malah kotak komputer riba itu sendiri ada fungsi sebagai taman papan selaju mini berserta dua papan selaju mini.

Papan kekunci RGB dengan efek lampu bulat, stail “potongan katana” di bahagian luar, malah ada kod rahsia di seluruh komputer riba apabila menggunakan cahaya UV. Elemen-elemen urban bandar juga dapat dilihat di kotak dan juga komputer riba itu sendiri.

“Komputer riba ASUS ini satu-satunya dalam dunia dengan rekaan unik dan hebat.” ujar Nyjah Huston. Beliau juga memberitahu akan menggunakan komputer riba ini untuk menyunting video papan selaju, tujuan kerja dan bermain permainan video.

Rekabentuk ROG STRIX Nyjah Huston

Aksesori yang disertakan dengan kompure riba Nyjah

Video nyahkotak komputer riba ini boleh dilihat di Instagram Nyjah Huston.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Nyjah Huston (@nyjah)

Bagaimanapun, untuk pengetahuan peminat, komputer riba ROG ini hanya eksklusif untuk Nyjah Huston sahaja dan tidak akan dijual di mana-mana.

Jangan bersedih anda masih boleh muat turun wallpaper kustom Nyjah Huston dan instagram filter Nyjah Huston di website ROG Asus.

RELATED NEWS

+