Rockstar Games Memperlihatkan Beberapa Visual Bandar Diterokai Dalam Red Dead Redemption 2

Dunia terbuka Red Dead Redemption 2 adalah fokus kali ini dari Rockstar Games. Di laman web mereka, Rockstar ada meletakkan info baru berkaitan ‘frontier, cities dan towns’ untuk pemain memahami lebih lanjut.

Kalau korang perhatikan, salah satu lokasinya adalah Valentine di New Hanover. Latar tempat bandar ini menunjukkan ada livestock auctions untuk menarik peniaga, cowboys, penjudi, penjahat dan lain-lain untuk berjudi mendapatkan duit dan hanya untuk enjoy.

Satu lagi lokasi di Annesburg, di Roanoke Ridge, New Hanover. Ia adalah pusat perlombongan yang mengorbankan ramai pekerja.

Pemain juga boleh mengembara ke bandar Saint Denis di rantau berlainan dipanggil Lemoyne. Ia dipenuhi oleh pelayar, pekerja buruh, pengemis dan penyamun yang tinggal bersama.

Ada juga kawasan bersalji seperti Grizzlies di Ambarino dan juga bandar berdekatan paya dipanggil Lagras dengan alligator di dalam air. Bagi setiap lokasi ini, korang boleh tengok lebih banyak lokasi boleh diteroka di laman web Rockstar sendiri.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+