Roblox disaman lagi, kali ini sebanyak RM800 juta

Pada 9 Jun yang lepas beberapa pengeluar musik perseorangan dan juga syarikat besar musik menyaman Roblox.

Tuntutan mahkamah ini dilakukan bagi pihak ABKCO Music & Records, Big Machine Records, Concord Music Group, deadmau5, Downtown Music Publishing, Hipgnosis, Kobalt Music Group, MPL Music Publishing, peermusic, Reservoir Media Management, Spirit Music Group, dan Universal Music Publishing Group.

Antara syarikat yang tidak ada di dalam tuntutan mahkamah ini adalah Warner Music Group dan Sony Music Group. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kaitan dari segi kewangan kepada Roblox. Kesemua plaintif menyaman melalui National Music Publishers’ Association (NMPA).

What You Need to Know About 'Roblox'—and Why Kids Are Obsessed | WIRED

Pertuduhan ini terjadi apabila Roblox telah membuat keuntungan dalam ratusan juta dengan hanya membuat pembayaran untuk seseorang itu muat naik lagu ke dalam Roblox. Dengan dua pertiga dari populasi pemain Roblox adalah dibawah 16 tahun, syarikat Roblox dituduh mengambil kesempatan ke atas pemain muda yang masih mentah dan tidak tahu mengenai akta hak cipta.

NMPA pula mengatakan Roblox banyak mempunyai lagu yang tidak berlesen. Pengguna boleh menggunakan lagu-lagu ini untuk permainan di dalam Roblox. Roblox juga telah menggunakan lagu dari Ariana Grande, Imagine Dragons dan Ed Sheeran tanpa memberi apa-apa pampasan kepada pimilik asal lagu.

The Roblox Corporation memberi tindak balas pada 10 Jun dengan mengatakan Peraturan Komuniti mereka menjaga hak harta intelek. Roblox juga memberitahu mereka sendiri telah menghalang apa-apa rakaman tanpa kebenaran. Roblox juga mengatakan ini cuma salah faham dengan cara bagaimana Roblox mengendali lagu-lagu di dalam permainan video mereka.

Adakah Roblox tidak bersalah dalam hal ini? Atau tuduhan NMPA cuma tuduhan kosong? Nantikan lagi apa-apa pengumuman untuk masa akan datang nanti.

TAGS

RELATED NEWS

+