Roblox disaman atas tuduhan menipu kepada kanak-kanak

Roblox antara permainan video popular selain dari Minecraft yang kini telah menjadi antara permainan video terbesar terutamanya untuk kanak-kanak. 

Satu saman telah di buat oleh John Dennis dan anak perempuannya pada 25 Mei lepas. Roblox dituduh menipu kerana memadamkan barang yang telah dibeli di dalam Roblox tanpa pengetahuan pemain, sebaliknya tidak boleh membuat bayaran balik terhadap barang yang telah dibuang itu.

Roblox yang mempunyai aset sebanyak AS$44 bilion nyata mengejutkan ramai pihak.

Menurut mahkamah, anak perempuan tersebut telah membeli baju tidur dan seluar jeans di Avatar Shop menggunakan Robux (mata wang Roblox). Pemain boleh membeli Robux dengan harga AS$5 untuk 400 Robux. 

Syarikat Roblox dituduh kerana telah memadamkan barang anak perempuan John Dennis di dalam Roblox. Peguam juga menyatakan tiada apa-apa elemen yang pelik dan tidak sesuai untuk kanak-kanak terdapat pada barangan dibeli oleh anak perempuan John Dennis. Malah Roblox tidak memberi wang pulangan kembali kepada anak perempuan John Dennis.  Barang itu telah dibuang tanpa apa-apa notis untuk pemain.

Roblox rupa-rupanya tidak mempunyai polisi tetap untuk semua jenis pembelian yang dibuat. Roblox membuang barang-barang yang dianggap tidak sesuai untuk kanak-kanak tetapi apabila seseorang membelinya, barang tersebut dipadam tetapi pulangan wang tidak dikembalikan.

Roblox bagaimanapun tidak memberi apa-apa komen balas mengenai hal ini dengan lebih lanjut.

Sumber rujukan: Insider

TAGS

RELATED NEWS

+